Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2022

REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PERTERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
1.0 Konsep Reka Bentuk Kurikulum Reka bentuk kurikulum merupakan suatu alternatif langkah bagaimana dalam merangka  (designing) , menerapkan  (implementation),  dan  menilai (evaluation)  suatu kurikulum agar ia dapat membawa kepada pencapaian maklamat pendidikan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam mereka bentuk kurikulum, komponen-komponen seperti maklamat, tujuan dan objektif yang hendak dicapai pada akhir pembelajaran juga harus diambil kira. Bukan itu sahaja, isi kandungan pembelajaran yang ingin disampaikan kepada murid juga perlu dititikberat dalam mereka bentuk kurikulum. Tujuan reka bentuk kurikulum bukan hanya bermaklamat untuk meningkatkan pembelajaran pelajar tetapi ia juga membantu memastikan pembelajaran selaras dan melengkapi satu sama lain dari satu tahap ke tahap seterusnya.   2.0 Reka Bentuk Kurikulum wahana penterjemahan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Kurikulum  Kebangsaan merangkumi Pra, KBSR, KSSR, KBSM, IPT, dan KHAS serta kurikulum sekolah y