REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PERTERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0 Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Reka bentuk kurikulum merupakan suatu alternatif langkah bagaimana dalam merangka (designing), menerapkan (implementation), dan menilai (evaluation) suatu kurikulum agar ia dapat membawa kepada pencapaian maklamat pendidikan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam mereka bentuk kurikulum, komponen-komponen seperti maklamat, tujuan dan objektif yang hendak dicapai pada akhir pembelajaran juga harus diambil kira. Bukan itu sahaja, isi kandungan pembelajaran yang ingin disampaikan kepada murid juga perlu dititikberat dalam mereka bentuk kurikulum. Tujuan reka bentuk kurikulum bukan hanya bermaklamat untuk meningkatkan pembelajaran pelajar tetapi ia juga membantu memastikan pembelajaran selaras dan melengkapi satu sama lain dari satu tahap ke tahap seterusnya.
2.0 Reka Bentuk Kurikulum wahana penterjemahan Falsafah pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum Kebangsaan merangkumi Pra, KBSR, KSSR, KBSM, IPT, dan KHAS serta kurikulum sekolah yang mencakupi kurikulum rasmi dan tersembunyi merupakan bentuk kurikulum yang direka memandang kepada model konseptual Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu insan seimbang dan harmonis dari segi Intelek, Jasmani, Rohani dan Emosi. Kurikulum ini dilaksanakan dalam pengajaran dalam sistem pendidikan berpandukan sukatan dan skop yang disediakan. Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan seterusnya Rancangan Pengajaran Harian oleh warga pendidik membantu mencapai objektif pengajaran. Penilaian sama ada objektif pengajaran dapat dicapai adalah dengan melihat kepada objektif implisit dan eksplisit. Objektif implisit ialah tingkah laku yang ketara dalam kalangan pelajar seperti memahami, mengetahui dan menghargai sesuatu yang diajarkan kepadanya manakala objektif eksplisit pula merupakan tingkah laku pelajar yang dapat dilihat seperti dapat menyenaraikan, memberikan contoh dan menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan.

Ulasan
Catat Ulasan